Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun meluahkan rasa kesal dengan penganjuran acara ‘speed dating’ yang sedang hangat diperkatakan di media sosial pada ketika ini.
Kata Ustazah Asma’ di TikTok miliknya, acara itu tidak mengikut ajaran yang ditetapkan agama Islam dan dia juga merasa sedih melihat ramai orang Islam menyertai program itu.Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf.
Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan.Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib.
SANGGUP GUNA "SPEED DATING", SEBAB NAK CARI JODOH CEPAT? 1. Baru-baru ini tular satu video berkenaan temujanji antara pasangan lelaki dan wanita dalam satu acara “speed dating” untuk tujuan mencari pasangan hidup. Acara itu dibuat di sebuah kafe dan melibatkan beberapa pasangan duduk secara berhadapan. 2. Acara ini membolehkan peserta untuk berkenalan antara satu sama lain. Setiap wanita akan diberi masa duduk bersama lelaki untuk berbual. Setelah tamat masa, peserta lelaki yang lain pula akan berkenalan dengan peserta wanita tersebut, begitulah seterusnya. 3. Cuba Tuan Puan bayangkan, wanita pertama berkenalan dengan lelaki pertama, kemudian selepas tamat masa, dia teruskan dengan lelaki seterusnya. Boleh jadi, 3 orang akan suka perempuan yang sama dan boleh jadi perempuan tadi suka pada lelaki yang lain. 4. Proses ini jelas tidak mengikut landasan Islam dalam bertaaruf. Islam sangat meninggikan maruah dan sifat malu antara kedua-dua pasangan. Jika taaruf itu tidak berjaya sekalipun, maka kedua-dua pasangan tetap perlu menjaga rahsia dan aib. 5. Sebenarnya, acara ini telah pun bermula di Malaysia sejak tahun 2015 lagi, namun tidak mendapat perhatian seperti sekarang, paling terbaru diadakan pada 11 Mei 2024 bertempat di Piccadilly Kafe Kuala Lumpur. Ia melibatkan golongan muda yang berumur lingkungan 25-35 tahun yang belum berkahwin. 6. Ramai yang bertanya adakah proses perkenalan yang diberi nama “speed dating” ini dibolehkan? Malah ada juga yang berhasrat untuk mengikutinya. Nauzubillahi minzalik. Lebih menyedihkan ada juga wanita dan lelaki Muslim yang turut serta dalam proses perkenalan ini. 🔸MAKSUD “SPEED DATING” 7. “Speed Dating” bermaksud satu proses yang perlu dilalui untuk mencari jodoh dengan tujuan menggalakkan golongan yang belum berkahwin berjumpa satu sama lain beramai-ramai dengan tempoh masa yang singkat. 8. Menurut satu portal The Photojournalist, “speed dating” ini berasal daripada Los Angeles, Amerika Syarikat yang dipanggil “New Year’s Calling”. Pada setiap 1 Januari, ramai wanita muda (belum berkahwin) akan mengadakan "rumah terbuka" (pesta atau majlis resepsi) di mana mereka akan menjemput lelaki yang belum berkahwin yang layak, kawan mahupun orang yang tidak dikenali untuk singgah dan mengadakan lawatan ringkas, pertemuan itu tidak lebih daripada 10 hingga 15 minit. 9. Ia bermula pada tahun 1998, mereka mencipta cara untuk orang yang belum berkahwin bertemu antara satu sama lain dengan memanggilnya "speed dating". Ia adalah program khas untuk mereka yang bujang, lalu tidak lama kemudian ia tersebar ke seluruh dunia. 🔸”BORAK-BORAK JE, LEPASTU PILIH LAH SIAPA YANG KITA SUKA” 10. Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai Syurga. Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang 'borak-borak je' sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan. 11. Situasi ini sangat merisaukan, jika kita melihat di ruangan komen penjelasan tentang proses “speed dating” ini berjalan, ia tidak lari dari “temu janji” atau “dating” yang kita faham iaitu pertemuan secara berdua-duaan tanpa dihadiri oleh orang yang lebih tua atau dipercayai. Sedangkan Islam menganjurkan apa jua pertemuan bagi yang mahu berkahwin perlu dihadiri oleh orang tengah agar maruah kedua-duanya terjaga dan tujuan kepada sebuah perkenalan itu mendapat redha Allah SWT.
Ujarnya lagi, meskipun ramai yang mempertahankan penganjuran acara bertemu orang tidak dikenali untuk mencari jodoh itu, namun seseorang muslim perlulah mengikut cara yang betul.Allahu Akbar, ia dikatakan sesi borak-borak, lepastu pilihlah siapa yang kita suka, namun tujuan kepada sesi itu tetap sama iaitu mencari pasangan hidup, untuk tujuan ikatan pernikahan yang suci, yang kita harap hidup selamanya bersama dia yang kita pilih sampai syurga.
Mahukah kita hubungan yang suci tadi dimulai dengan sesuatu yang ‘borak-borak je’ sedangkan Islam menyediakan cara dan alternatif yang lebih terjaga, selamat dan terhormat untuk kedua-dua pasangan berkenalan.
Sekadar info, ‘speed dating’ itu dianjurkan secara berkala di kafe dan para peserta yang ingin mencari jodoh perlu bertemu dan berkenalan selama lima minit setiap orang.