Menerusi temu bual podcast myaudioplus, Haneesya berkata ibunya terpaksa menggadai barang kemas untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga sementara menanti dia mendapat tawaran pekerjaan.
Menurut Haneesya lagi, meskipun kewangan mereka agak goyah namun sentiasa ada rezeki untuk mereka.
“Tahun ini tak ada shooting langsung. Sekarang ini kewangan tengah goyang sikit. Tapi rezeki itu sentiasa ada. Saya pun tak tahu datang dari mana. Ada kala ada masa gelang emas mak saya kena pergi gadai, rantai dia. Lepas tu, kalau ada duit balik, saya pergi beli balik.
“Terkadang sampai marah dia supaya jangan jual. Penat saya kerja bagi dia melawa, jangan jual tapi dia mak kan. Dia tak membebankan anak dia, dia jual juga,” katanya.
Sementara itu, Haneesya berkata ibunya menjadi pembakar semangat untuk dia bekerja keras untuk mencari rezeki demi keluarganya dalam masa sama untuk membeli semula emas yang digadai oleh ibunya.
“Tapi kadang-kadang saya rasa bila dia buat macam itu, benda itu yang bakar semangat saya. Saya kena cari kerja cepat cepat supaya dapat beli balik emas dekat dia,” katanya.
“Mak Haneesya ni kuat dan saya nak jadi sekuat dia. Perjalanan hidup mak saya lagi susah dan banyak cabaran. Apa yang saya lalui ni saya rasa sakit. Saya suka orang nampak saya kuat. Cuma keluarga saya yang tahu apa sebenarnya yang saya lalui,” katanya.
Pededahan Haneesya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen memberikan kata-kata positif buat pelakon itu serta mengatakan gadis berusia 24 tahun itu sememangnya berbakat dalam lakonan.
Malah, ada yang mengatakan wajah Haneesya sememangnya cantik dan unik. Tidak kurang juga, ada yang berharap ada produser mengambilnya sebagai heroin.