Menerusi perkongsian di Instagram, King Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail memperkenalkan suaminya, serta berkongsikan bahawa lelaki tersebut juga pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini.
“Suamiku sayang, dah hampir setahun lebih kita bersama. Banyak yang kita belum tempuh, tapi yang kita tempuh banyak juga pasang surutnya.
“Kita berdua pernah mengalami alam perkahwinan, yang lepas ada manis ada pahit. Terima kasih kerana masih sedarkan saya, i always deserved better.
“Ada seorang lelaki yang tahu menjaga saya, tahu akan tanggungjawab walaupun tanggunjawab terhadap Mateen dan Haqeem. You totally make me realised, there always a knight that save me from all the doomsdale,” tulisnya.
Dalam pada itu, King Coco berkata dia berharap perkahwinan yang dibina itu akan berkekalan selama-lamanya dan yang terakhir selepas kegagalan rumah tangga sebelum ini.
“I can’t thank you enough. I love you, insya-Allah ini adalah perkahwinan saya yang terakhir. Jika diizin olehNya, saya nak sampai mati dengan awak.
“To more great year with you. i promise ill be loyal and take care of you. Masyallahtabarakallah. Allahummabarik,” katanya.
Terdahulu, King Coco mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Azrin Anas Abdul Shukor selepas mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2017. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Kyle Mateen dan Putra Muhammad Haqeem.
King Coco mula menjadi bualan sensasi pengguna media sosial kerana percakapannya yang dikatakan pelat seperti 'mat saleh' sehingga mendapat jolokan nama 'King Coco Lots Of Mix'.Mendakwa mempunyai banyak darah campuran dan keturunan, video yang dimuat naiknya menjadi bahan kecaman, meskipun dalam masa sama telah melonjakkan popularitinya.
Pada 1 Januari 2017, beliau sekali lagi diheret kontroversi kerana mengahwini suami orang bernama Azrin Anaz Abdul Shukor atau lebih dikenali sebagai Kapten Azrin (Captain Azrin).
Azrin kemudiannya menceraikan isteri pertamanya, Nor Azura pada awal Oktober 2018 kerana menganggap dirinya tidak sempurna dalam melunaskan tanggungjawab sebagai seorang suami.Azrin meletakkan kesalahan pada dirinya sendiri, selain menegaskan hubungan Coco dan Nor Azura berada dalam keadaan baik dan beliau juga bercerai dengan bekas isterinya itu secara baik.
Hasil perkongsian hidup, Coco dan Azrin dianugerahkan seorang anak lelaki bernama Putra Kyle Mateen pada 8 November 2017.Kemunculan Semula
Pada tahun 2020, Coco mula membabitkan diri dalam dunia politik menerusi penglibatan dalam parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Berdasarkan semakan di Facebook Bagan Serai Kampung Halamanku mendapati beliau telah berjaya memenangi jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai di Perak dengan pungutan 62 undi menewaskan dua calon lain.
Berhubung kerjaya seni, Coco mendedahkan dirinya menerima banyak tawaran untuk membintangi drama, namun terpaksa menolak kerana watak yang kurang bersesuaian, selain fokus hidupnya yang lebih terarah kepada kehidupan berkeluarga.Beliau bagaimanapun aktif di Instagram untuk membuat review bagi membantu perniagaan usahawan dalam talian.