"Saya Tiada Niat Buruk" Daiyan Trisha

Sebelum ini, buku yang ditulis oleh pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha telah menerima banyak kecaman yang berkata bukunya tiada unsur keaslian. Terbaru, penerbit kepada buku puisi tersebut tampil dengan kenyataan di media sosial.

Tiada niat buruk

Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman X, penerbit buku Tulisan iaitu Nukilan Biruni ini telah memohon maaf terhadap kekecohan yang berlaku setelah seorang individu mengkritik buku tersebut dan tular.

"Kami tiada niat buruk.Kami mohon maaf di atas sebarang ketidakaselesaan atau salah faham yang mungkin disebabkan tindakan kami".

Sebagai penerbit tempatan Malaysia, kami sentiasa berhasrat untuk memupuk persekitaran yang positif dan saling menghormati antara pengarang dan pembaca dalam komuniti buku. 

Namun begitu, wanita sama yang mengkritik hasil karya Daiyan ini meluahkan rasa tidak puas hati apabila penerbit tersebut tidak membalas mesejnya setelah didakwa mengugut untuk mengambil tindakan undang-undang kepada individu berkenaan.


"Bukankah sepatutnya awak memberi respon kepada saya,selepas cari saya di semua  media sosial  dan meminta saya untuk membalas dan ugut untuk mengambil tindakkan undang-undang daripada permohonan maaf terbuka dan secara general seperti ini?"

"Saya sangat marah sebab awak tak boleh buat benda semua tu dan berpura-pura untuk menutup kesalahan awak."

Sebelum ini kecoh di laman X apabila Nukilan Biruni meminta individu ini untuk memadam hantarannya mengenai buku Tulisan kerana didakwa melanggar Akta Hak Cipta.



Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form