"Ini antara aku dan isteri aku. Kau diam. Aku tak halal dunia akhirat apa yang kau buat kat isteri aku” - Alif Aziz


Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz berkata dia tercabar apabila namanya dipetik serta mengatakan pelakon Muaz Zabir tidak menceritakan perkara sebenar apabila ditemu bual oleh media.

Menerusi temu bual bersama Melodi, Aliff berkata Muaz tidak pernah mencarinya untuk menyelesaikan isu antara mereka serta mempersoalkan kenyataan aktor itu yang meminta dia menghubunginya.

“Orang cakap saya ketengahkan isu Muaz dan Bella sebab saya nak tutup isu saya. Tak ada apa yang saya nak sembunyi cuma rasa tercabar dan kecewa bila dipetik secara public sedangkan saya dan dia tiada sebarang closure pun, saya cuma beri closure pada isteri saya.

“Dia cakap dekat media malas nak tunjuk apa yang saya dah maki hamun. Sedangkan saya tak ada maki pun saya cuba hantar mesej panjang lebar dan dia reply lepas tu block saya.

“Jangan cuba nak petik nama saya dan persoal kenapa saya ada nombor dia, saya tak nak contact dia. Kau buat hal dekat bini orang, aku nak kena contact kau? Contact kau dapat apa?” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata dia tahu apa yang Muaz lakukan serta isu antara mereka tiada penyelesaian apa-apa serta meminta aktor itu memberitahu cerita sebenar kepada media.

Dalam pada itu, Aliff berkata dia tidak menghalalkan apa yang Muaz lakukan. Tegasnya lagi, siapa pun dirinya ianya tidak memberi hak kepada Muaz untuk melakukan perkara tersebut.

“Kepada semua orang di luar sana yang kata Aliff kau dah curang banyak kali, bini kau baru sekali, itu bukan masalahnya. Saya bercakap sebagai suami biarpun saya ni bekas banduan, jahat macam mana sekalipun ia tidak memberi kau hak apa yang kau nak buat ni.

“Kau tahu apa yang kau buat, dan aku tahu apa yang kau buat. Kau nak aku yang bagitahu atau kau nak bagitahu. Antara aku dengan kau tiada penyelesaian apa-apa melainkan nanti dekat sana.

“Kalau kau betul gentleman , nanti kalau media temu bual cakap betul-betul apa yang kau buat. Ini antara aku dan isteri aku. Kau diam. Aku tak halal dunia akhirat apa yang kau buat kat isteri aku” katanya.

SUMBER: Melodi

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form