Founder Tangkap Suami & Pembantu Rumah Berskandal Selama 2 Tahun

 

Seorang usahawan serta pengasas produk kecantikan, Fenny Frans terpaksa berdepan ujian cukup pahit setelah dia berjaya menghidu hubungan terlarang antara suami dan pembantu rumahnya sendiri. Kejadian pilu itu dikongsikan olehnya ke laman sosial sejak semalam lantas meraih simpati ramai.

Setelah perbuatan mereka diketahui, kedua-dua dilihat tercengang ketika dipersoalkan oleh Fenny yang sedang melampiaskan kemarahan akibat dikhianati. Paling menyedihkan, wanita ini berkata suaminya telah melakukan khilaf sama kira-kira 12 tahun lalu sehingga mereka pernah bercerai. Siapa sangka, pisang rupanya berbuah dua kali.

Jelas Fenny, sebenarnya dia sudah lama melihat beberapa petanda redflag pada pekerja tersebut. Antaranya, bibik suka memakai baju-baju menggoda saat berada dalam rumah meskipun berulang kali ditegur. Suami dan anak bibik sendiri juga pernah memberikan peringatan kepada Fenny tentang sikap buruk bibik, namun hal itu diabaikan olehnya. Bahkan, dia terus menggaji bibik seperti biasa tanpa menduga suaminya turut menjadi ‘sasaran’.

Yang lebih teruk, moment itu dilakukan saat saya kurang sihat & tak boleh melayani dia



Dalam satu rakaman CCTV yang ditemui Fenny, hatinya berkecai seribu menyaksikan bibik dan suaminya pernah melakukan hubungan badan di kawasan garaj (sebalik kereta). Ketika founder ini sedang sibuk dengan urusan perniagaan atau anak-anak, saat itulah mereka berdua menggunakan kesempatan tersebut.

Mereka lakukan hal tersebut di bilik tidurku saat saya bekerja dalam pejabat di rumah



Rahsia berkenaan terbongkar setelah bibik didapati cuba mencuri duit Fenny berjumlah RM205,534. Apabila ditanyakan tentang motif pencurian, dia berkata ia merupakan refleksi kepada rasa geram kerana suami Fenny telah mengabaikan dirinya selain tidak mendapatkan sebarang hasil ketika hubungan itu terjalin.






Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form