Fatimah Semakin Lemah Sejak 2 Hari Lepas, Keluarga Mohon Doa Khusus

Sejak Ramadan lalu, keadaan Fatimah Binti Omar Mukhlis sudah mula terjejas dan beberapa gambar sewaktu dia menerima rawatan di pusat perubatan turut dimuat naik ke Instagram rasmi keluarga mereka iaitu The Family UK. Walaupun tidak mendedahkan secara terperinci apakah isu kesihatan yang dialami kanak-kanak berusia 10 tahun itu, rata-rata pengikut mereka menghormati privasi berkenaan selain menitipkan kata semangat tanpa henti.



Sebentar tadi pula, Nor Ashila Mahamad Ismail telah memuat naik hantaran terbaru memaklumkan tentang keadaan terkini Fatimah. Difahamkan, budak perempuan berkenaan telah menjalani sebuah operation sekitar minggu lalu namun bleeding yang dialaminya masih belum berhenti sampai ke hari ini.

Pohon jasa baik anda semua untuk membuat doa khusus agar bleeding berhenti dengan segera

Sudah memasuki hari kelapan bleeding itu berlaku dan kondisi Fatimah dikatakan semakin lemah sejak 2 hari yang lepas. Tiada daya manusia menghalang ujian yang diberikan oleh Allah, kini pihak keluarga cuma mengharapkan doa khusus daripada semua semoga ada sinar keajaiban buat kanak-kanak tersebut mendapat kesembuhan kelak, InsyaAllah.

Fatimah 3 beradik pernah tular beberapa tahun lalu

Terdahulu, Fatimah dan dua lagi adik beradiknya sempat tular di media sosial ekoran gelagat comel mereka yang fasih bertutur menggunakan dialek Kelantan meskipun tinggal di Birmigham, United Kingdom. Fatimah pula pernah viral menerusi sebuah video tentang dirinya yang enggan dipanggil dengan nama “Timoh”.


Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form