Dituduh bercinta dan tidur bersama abang ipar, Didi Astillah istighfar baca berita fitnah



TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba timbul khabar angin mendakwa pelakon Didi Astillah pernah bercinta dengan abang iparnya sendiri iaitu aktor Aliff Aziz.

Lebih mengejutkan apabila berita tersebut turut mendakwa Aliff dan Didi pernah tidur bersama di sebuah hotel.

Terkejut dan kesal dengan dakwaan tersebut, Didi atau Dayang Nazilah Awang Astillah, 28, mengesahkan artikel yang tersebar di media sosial itu merupakan satu fitnah.

Didi kesal dengan berita palsu tersebar mengenai dirinya.


"Astaghfirullahalazim, fitnah apa ini? Beraninya buat fitnah selepas itu jadikan artikel," katanya.

Dalam perkongsian di Instastory itu juga memaparkan tangkap layar artikel berita dengan tajuk 'Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah bercinta sebelum Bella... Bella bongkar rahsia Aliff Aziz dan Didi Astillah pernah tidur bersama di hotel'.

Difahamkan berita palsu tersebut tersebar meluas di laman Facebook.

Malah berita berkenaan turut memaparkan foto Didi bersama Aliff dilihat sedondon mengenakan baju berwarna hitam.

Sebelum ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, pernah mendedahkan Aliff berlaku curang bersama 11 wanita termasuk adiknya sendiri, Eriqa Astillah.

Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.

Bella bagaimanapun memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.

Kes penceraian itu masih berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun 2024.

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form