"Bagilah peluang kepada mereka...." - Rosyam Nor


 Pelakon berbakat besar, Datuk Rosyam Nor berpendapat peluang harus diberikan kepada pendatang baru untuk membuktikan bakat mereka.

Memetik Harian Metro, Rosyam memberikan pendapatnya apabila ditanya mengenai pandangan sesetengah artis senior yang melabel artis baharu tidak berdisiplin dan lebih banyak kontroversi berbanding bakat.



“Kalau anda ingat, macam mana dialog saya, ‘Oh, peperiksaan’. Bodoh tak? Bodoh kan? Jadi, bagilah peluang kepada mereka (pelakon baru).

“Kadang-kadang mereka masuk ke dalam industri, mereka tak tahu lagi bagaimana ‘permainan’ dia. Tapi, lama kelamaan mereka akan berubah. Bagi masa dan peluang untuk mereka berubah,” katanya.

Sementara itu, Rosyam berkata ketika zamanya dahulu ramai saja artis yang tidak berdisiplin. Malah, Rosyam mengakui ketika diawal pembabitannya lakonannya macam ‘tahi’.


“Jujurnya, zaman saya dulu, ramai tak artis yang tak berdisiplin? Ramai. Tapi, apabila mereka dah matang, mereka berdisiplin kerana mereka tahu ini kerja mereka.

“Jadi, saya tak boleh terima kalau orang kata artis baharu ini tak ada disiplin, kayu, itu dan ini. Sama saja. Zaman saja berubah. Mereka orang baru kan. Saya dulu berlakon pun macam ‘tahi’ juga,” katanya.

Dalam pada itu, Rosyam turut berkata kita harus mengikuti peredaran zaman dan tidak perlu mengecam artis baru kerana artis dahulu dan sekarang sama sahaja.


“Zaman saya pun ada artis yang tak berdisiplin. Artis yang mengatakan artis hari ini tak ada disiplin, mereka pun dulu tak ada disiplin juga. Sama saja kan? Janganlah kita nak mengecam artis baru.

“Apa, kau nak cakap artis dulu baik? Artis sekarang tak elok? Sama sahaja. Ada juga artis dulu terbabit skandal atau apa. Ada saja. Tapi, dulu media tak banyak seperti sekarang,” katanya.



SUMBER: Harian Metro




Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form