"Anak- anak putih sebab tak main Di tempat yang panas.."- Abby Abadi



Baru-baru ini, pelakon Abby Abadi berkongsikan video momen bersama anak perempuannya, pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim.

Menerusi entri itu, Abby mendedahkan anak-anaknya berkulit putih kerana tidak bermain panas dan hanya dudul dalam penghawa dingin setiap masa.



 Abby berkongsikan perkara itu selepas ditanya oleh individu. Menurut Abby, dia dan suaminya bekerja keras untuk memastikan anak-anak mereka hidup selesa.

“Masa ni mamanya tengah bersembang .. dia nak tutup mulut supaya diam padahal orang depan mama tanya kenapa anak-anak kita semua putih je.. kita jawablah anak-anak Saya tak main panas, duduk aircond 24/7.


“Nampak mcm T20 je duduk aircond 24 jam kan? Hahaha tulah dia.. Pengorbanan Mama Abah yg anak-anak kena tahu. Masa anak-anak kecik-kecik dulu, Mama sorang, 9tahun kebelakangan ni dengan abah sekali. Bayar semua sama-sama.


“Mama abah kerja keras tau nak anak-anak selesa, hidup macam org kaya walaupun hihi..Dah duduk sendiri, dah ada anak-anak, dah kena bayar itu ini, baru faham nanti,” katanya.


Sementara itu, dalam perkongsian tersebut Abby turut menitipkan pesanan kepada mereka diluar sana agar jangan berhenti mendoakan buat ibu bapa masing-masing dan menjaga ikatan kekeluargaan.


Dalam pada itu, Abby turut memberi peringatan kepada diri sendiri dan netizen supaya tidak mencari kesalahan orang lain.

Ps: Pesan utk diri sendiri: Kurangkan mencari2 salah org. Sama2 belajar utk ambil pengajaran pada ujian yg ALLAH hadiahkan pada org lain agar kita buleh memilih utk tidak melalui ujian yg sama. Banyakkan berdoa agar kita sentiasa dalam redha & kasih sayang ALLAH. Yg baik jadikan tauladan. Yg buruk jadikan sempadan ok😘

Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form