Al Fatihah...Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia



Penyanyi dan pengacara Nabil Zamanhuri telah meninggal dunia pada pagi ahad ini. Berita tersebut disahkan oleh kakaknya, Najihah Zamanhuri menerusi laman sosial media Facebook. 

Assalamualaikum, dengan dukacitanya kami ingin memaklumkan adik saya, Nabil Bin Zamanhuri telah pulang ke rahmatullah pagi ini. Waktu solat jenasah dan pengebumian akan dimaklumkan kelak. Doakan adik saya…




Isteri arwah memaklumkan suaminya itu dipercayai mula menunjukkan tanda kurang sihat ketika selesai menunaikan sholat Subuh, pagi tadi. Kata Adelia, Nabil mengalami kekejangan ketika sedang menunggunya selesai mengambil wuduk di bilik air. 

"Sewaktu pagi tadi, dia dah bangun dan solat dia baring di sebelah saya dan ketika saya ingin solat subuh, selepas mengambil air wuduk, saya ternampak arwah dalam kekejangan. Pada awalnya saya ingat arwah sedang bermain bersama anak saya bila saya lihat dia kejang saya mulai panik  dan buat CPR, saya telefon 999 dan mereka guide  saya untuk buat CPR.

"Kemudian jiran saya juga datang untuk membantu CPR kemudian ambulan datang bila tengok di monitor dah takde line" katanya lagi ditemui di Unit Perubatan Forensik, Hospital Ampang, pada ahad.

Mengulas mengenai punca kematian , Adelia berkata dia bersama ahli keluarga lain masih menanti keputusan daripada unit forensik. 

"Kami menunggu keputusan daripada unit forensik tapi doktor cakap kemungkinan jantung" tambahnya lagi.

Arwah pernah mengadu sakit di bahagian perut sejak beberapa bulan lalu, namun tidak pasti punca sebenar disebaliknya. 

"Sebelum ini,arwah ada mengadu sakit sikit sikit termasuk dibahagian perut sejak dua atau tiga bulan lalu. Tapi perkara itu datang masa tertentu sahaja. Jadi, sekarang kami tengah tunggu 'Post-Mortem' daripada unit forensik," katanya.







Bagaimanapun, Arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama 5 Tahun sebagai Digital Strategist dan content Development Unit untuk saluran melayu. Ia juga termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.


Arwah juga pernah terlibat dalam bidang seni nyanyian menerusi rancangan Mentor yang musim pertama dan beliau berjaya menyandang tempat naib juara di dalam program realiti tersebut. Disamping itu juga, arwah turut menjadi pengacara di dalam sebuah rancangan mingguan tempatan dan pernah membintangi beberapa drama TV. Arwah meninggalkan isteri, Adelia Citra Hapsari dan dua cahaya mata.





Post a Comment

Previous Post Next Post

Contact Form